Sebiru Hari Ini
I love the night
1994Aku teringat lagi zaman dulu-dulu iaitu zaman aku masa kecil.
Ianya bermula apabila aku baru dilahirkan. Aku disambut oleh seorang doctor dan diberikan kepada seorang nurse comel yang berpakaian lengkap. Aku suka nurse. Amat comel lebih-lebih lagi yang kat Klinik Swasta kat Kampung Melayu Subang . Petite nurse.
Aku kemudian di bawa berjalan melalui koridor dan diletakkan di sebuah katil kecil di dalam wad bayi. Agak bising pada masa tu. Ramai sangat bayi menangis. Kebanyakkannya adalah perempuan. Biasalah.. girlsss, suka sangat menangis.
Walaupun bising dan terasing di dalam dunia baru, aku tak germuruh langsung. Nangis pun tak. Senyum sepanjang masa. Biasalah, lelaki.
Di luar tingkap, aku nampak ayah aku yang sedang mendukung abang saudaraku yang memakai baju Superman yang dimana baju tu dibuat lap kaki aku pada keesokan harinya, seperti mana aku buat terhadap baju Man U. Aku tak pernah suka Superman. Ubah style rambut, tanggal spek mata then orang dah tak kenal? Heh.
Dari luar tingkap itu juga, mereka melambai-lambai sambil senyum ke arahku. Aku mengangkat tangan kanan, melipat ibu jari, jari kelingking dan jari manis. Sambil itu aku menegakkan jari telunjuk serta jari tengah. Aku tak pasti apa sign ni, tapi orang kata ini adalah... ‘Peace’.
Layan
Selepas saling menukar no tel, aku dibawa keluar wad. Esoknya aku dah boleh baik. Jalan sendiri.
1999
Dan aku tak sangka, awek yang aku tukar no phone itu juga bersekolah tadika di tempat sama dengan ku. Aku tahu. Sebab kita orang ada kimisteri.
First day di sekolah tadika, aku tak menangis pun. Parents pelajar lain semua pelik melihat aku. Tak kurang juga yang ingin tukarkan aku dengan anak mereka. Tak banyak kerenah katanya. Setiap hari aku akan dapat Ais Kerim cap Itik bersama sebatang ChupaChups kerana berkelakuan baik dan senonoh. Tapi aku tak bangga diri langsung.
Dan masa tu, aku kenal dengan seorang awek yang bernama Amalia. Dan dari saat tu hingga sekarang, aku dan dia masih berkontek.
(Years skipped)
Present – 2012 (18 years old Ehem ehem)
Aq start berblog nie bila tengok lawbak post dea nyer blog kat group "Geng Belum Kahwin". Aku pon bacelah. Well, it's interesting to read. Dan dari saat itu terciptalah blog ini. Aku ingin berterima kasih kepada yang menjadi pembaca setia blog ini.
OK. Mungkin entry kat atas xde kene mengena ngan apa yang aku nak kongsi ngan ampa semua. Just teringat zaman aku dilahirkan.
Well,ini mungkin kali terakhir aku akan menulis blog. Sebab aku akan menyambung pelajaran ke German Malaysian Institute,GMI. Apepon aku ingin ucapakan maaf zahir dan batin jika segala apa yang aku tulis terdapat cacat celanya. KBAI.
HAHAHA xD...Aku berjaya buat korang buang masa dengan membaca entry ini.Tak ade idea nak sambung ape. Sekian.<3


haha..aku terkena !
ReplyDeletebwekk :P
Deletepadan muka . . .