Hye..
My name is Acap Dudin the Popeye
but u can call me Mr.Popeye
>baru stat blaja blog (tu lah pasal burok)
>juz akan tulis blog kalo rajen n ade mase =)
>sapew2 yg bace blog nie arap comment yer XD
>hope kowang enjoy
Tiada lagi sebenarnya ingatan lama itu. Aku hanya berjalan seorang diri apabila melintas suatu tempat yang dinamakan cinta. Ia datang dan pergi. Kau yang lama, entah aku tidak tahu, entah aku tidak ingat. Kau siapa ya?
Tiada lagi bintang dan boneka. Aku bukan lagi boneka cinta. Tapi, cinta yang datang pada aku. Cinta aku kawal. Aku maharaja yang melaras cinta dengan keangkuhan. Sesiapa saja akan aku tembak dengan laras cinta ini, peluang untuk rasa nikmat apa itu bercinta sebenarnya.
Tiada lagi bintang dan hari. Apatah lagi Sirius mahupun Bellatrix. Semua itu telah aku padam kemas dengan cermat. Aku masih ingat sewaktu kali terakhir terserempak dengan kau. Bukannya rindu yang hadir dalam sanubari aku. Sebaliknya kebencian. Benci semata-mata.
Namun,
Hati aku pada satu saat rasa kosong. Jiwa dan fizikal aku seakan tidak lengkap. Puas aku isi dengan nur, namun masih kekal sebegitu. Membeku. Lelah aku isi dengan kemodenan, jelas ia bukan penawar. Ini adalah satu tahap yang amat sakit untuk aku rasakan. Rabak kerana tidak boleh ke kanan, ke kiri, ke depan mahupun ke belakang. Tergantung ditengah-tengah tanpa boleh berganjak sedikitpun kerana tiada siapa yang mahu menyelamatkan lelaki seperti aku yang memegang laras cinta.
Ini lebih pedih dari terbakarnya syaitan apabila dilaungkan azan.
"Kau nak apa lagi? Kau dah kecewakan aku, sekarang kau datang balik buat apa?"
Bunyi berat mengiringi diri aku, tika waktu itu aku mengejar bayang. Tanpa sedar, bayang itu sebenarnya mengecewakan. Semakin tipis bayang itu, semakin aku tenggelam dikejar rasa sedih dan hampa. Bukannya dia tak tepati janji, tapi janjinya berselerak. Janji berselerak takkan kekal. Ia akan buat hati kau koyak.
Aku ingin mengingatkan pada diri aku agar jangan bercumbu dengan kemerduan dan gemersik lautan si hawa. Kelak tak mampu merukuni diri pada jalan kekecewaan. Datanglah malapetaka. Kerana laras cinta akan menghukum manusia-manusia yang kecewa mengharapkan kasih.
"Bammm! Bammm!"
Dua das laras cinta. Sekujur tubuh manusia terkulai layu. Pekatnya darah mengalir dengan tangisan seorang lelaki yang menggigil seakan tidak percaya. Laras cinta memakan diri. Angkuh yang disulami kekecewaan telah menjerat satu perasaan lebih pedih dari terpisahnya percintaan. Tangannya masih menggigil. Sejuk dan gadis itu dingin tak bernyawa.
Sayang,
Jika aku gravitimu, adakah kau akan memegang erat diriku? Aku kini rebah dalam ketidakpercayaan pada deklamasi-deklamasi romantis lalu. Perjalanan kau pendek, tapi jauh untuk jadi kenyataan. Maafkan aku kerana terpaksa memutuskan roh kau dan aku sendiri.
Aku dapat email dari reader aku. Perempuan lah tentu sekali. Dia kasi 10 sebab kenapa lelaki adalah kaum yang rumit dan komplikated. Heh. Agak sarkastik dia ni. Aku sabar je. And nama dia aku rahsiakan. Well, ingat aku jahat sangat ke nak malu kan orang. Hilmi terkecuali. Aqib juga.
Setelah aku membaca email awek ni dengan tenang, cool, bersahaja, redha, tawaduk, relax dan sebagainya, aku buat satu rumusan. Rumusan tersebut adalah; semua yang tertulis adalah tak betul. Heh. Tapi awek yang send ni comel gila sambil marah-marah manja. Heh.
10 sebab kenapa gadis cakap jejaka adalah makhluk rumit yang di hantar oleh 'awek tu' memalui email.
Kamu = Perempuan
Dia = Lelaki
Secara Am;
1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya. Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.
2. Jika kamu berbual-bual dengan lelaki lain dia akan kata kamu gatal. Tapi jika dia menggatal-gatal dengan perempuan lain, dia kata itu hanya kawan.
3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala. Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.
4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka. Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.
5. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya. Jika tidak, dia kata kamu kekampungan. 6. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.
7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh . Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.
8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai. Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.
9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam. Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.
10. Jika mereka yg bernama lelaki membaca ini, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar.......
*********
Adakah betul?
Well, berikut adalah komen aku;
1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya. Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.
Oh tidak, tidak... It just erm... Lelaki bukan nya jenis yang mudah perasan okay. Cuma.. erm.. Hey ingat lelaki saja ke macam tu. Dah tu apa beza nya dengan perempuan? Setiap kali lelaki mintak nombor talipon gadis mesti gadis tu tergedik-gedik jual mahal. Padahal nak nombor phone je bukan nak mengurat pun... Ehem-eham... Then then bila lelaki jeling-jeling kata lelaki tu gatal. Ceh. Then then lagi bila lelaki cakap nak berkenalan mula lah kasi ayat kaw-kaw konon nak tengok kesungguhan lelaki tu mengurat lah apa lah. Dia orang tak tahu ke nak mengurat perempuan tu memakan banyak tenaga apa semua. Penat tau penat. Ingat senang ke nak mengurat perempuan. Habis semua kretiviti tau.
2. Jika kamu berbual-bual dengan lelaki lain dia akan kata kamu gatal. Tapi jika dia menggatal-gatal dengan perempuan lain, dia kata itu hanya kawan.
Hey. Betul apa. Perempuan yang sudah berpunya memang tak boleh flirt-flirt. Nampak sangat tak manis. Gatal. Eish. Tapi lelaki boleh okayyy. Lelaki special case. So, dont blame a man for being a man. Perempuan rapat dengan lelaki lain = gatal. Lelaki rapat dengan perempuan lain = hanya kawan. Hahaha!
3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala. Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.
Ya perempuan ni keras kepala. Ketuk-ketuk lah memang tak akan retak. Degil. Pastu bila gaduh mesti ingat yang dia betul je. Walaupun salah mesti ingat yang dia tu betul. Bila gaduh, emo emo emo. Balik-balik lelaki yang mintak maaf. Walau dah terang-terang yang perempuan tu salah, still tak nak mengaku. Then nangis nangis nangis. Penat tau nak pujuk perempuan. Dah la penat, susah. Hais. Then bila lelaki tak nak pujukk kata lelaki tu dah tak sayang padahal lelaki sayang gila-gila kat dia cuma gadis tu je tak tahu betapa lelaki tu sayang kat dia. Ini tak ada kena mengena dengana aku. Siyes. Betul. Tak tipu.
4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka. Jika dia yang lebih pintar, dia kata dia hebat.
Perempuan lagi pandai dari lelaki? Hello. Oh pelis lah. Itu abnormal. Gadis normal tak akan pandai dari lelaki okayyyy. And bila lelaki tu lagi pandai dari perempuan, dia boleh berbangga and naikkan market dia. So boleh lah tambah cawanga termasuk tambah bilangan masjid serta benarkan gadis itu masuk syurga. Tapi kalau perempuan lagi pandai dari lelaki, market naik nak buat apa?
5. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya. Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.
For what? Ofcos la nak goda lelaki. Kalau tak, buat apa perempuan nak pakai lawa-lawa? Untuk kasi ayat kontrobesi "Jika perempuan berpakaian cantik, mesti kaum lelaki fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya, sebab jika tidak, dia akan kata kamu kekampungan."? Ceit. Nak pakai lawa-lawa. Make up tebal-tebal. Makin tak lawa ada lah. Then bila kuar bandar pakai baju cun cun then bila lelaki tergur terus layan kira kalau ada lelaki mengurat pasti akan layan lah. Heh.
6. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.
Tahu tak kisah pasal tahu hidung. Nak korek tahi hidung tu punya la payah. Tapi bila dah dapat buat apa? Telan? Or leset bawah meja?
Tapi aku lain. Aku setia.
7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh . Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.
Deyy, lelaki kena lah amik berat kat perempuan. Kalau tak mula la keluar ayat "Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu." Deyyyyyy.
8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai. Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.
Lelaki bizi. Dia banyak kerja bukan seperti perempuan yang tahu duduk rumah, tido, main game, main fesbook, tido, baca blog yang mengkritik perempuan, tido, bergayut, tido and so on. Lelaki rutin dia penuh. Padat. Lagi pun mana ada lelaki mungkir janji. Jika dia yang mungkir janjinya pun, dia melakukannya kerana terpaksa. Eh?
9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam. Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.
Aku bet dia tak tahu betapa siksanya nak menjaga perempuan. Ya. Susah tau nak jaga para gadis. Memang selalu dah lah makan hati. Tapi nasib baik lah lelaki ni adalah kaum yang kental. Kental di luar dan dalam. Kalau lelaki pun tunjuk perangai sensitif siapa nak pujuk? Lelaki juga? Hah. Bila lelaki pujuk lelaki. Then lelaki tu cakap ayat-ayat jiwang. Then lelaki tu peluk-peluk. Then terasa kehagatan yang tak patut. And jangan salahkan lelaki kalau lelaki jadi gay. Salahkan perempuan. Lelaki adalah mangsa dalam kes ini. Seperti Amfy dan Mr Z. Kasihan mereka.
10. Jika mereka yg bernama lelaki membaca ini, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar.......
Zzzz. What the fish is this?
**********
So, di sini aku menegaskan bahawa lelaki bukan makhluk yang rumit. Mereka special. Unik. Gempak. Priceless dan sebagainya. Tak percaya? Kenali lah mereka. Dan pasti korang akan tertawan.
Aku tak tahu kenapa. Tetapi aku tak merokok. Tak boleh masuk ah rokok tu dalam mulut aku.Mungkin sebab ayah aku tak rokok kot.Mak aku pulak selalu ingatkan aku supaya jangan merokok..Hmm :)
95% dari kawan-kawan lelaki aku adalah perokok yang tegar. Satu kotak rokok untuk dua hari. Mungkin lebih dan mungkin kurang. Tak ada siapa kisah. Tak ada siapa peduli. Melainkan Pak Cik Hati Kering di Restoran Umi yang telan 4 batang rokok orang lain sekali gus dengan rasa gumbira.
I love Christmas light
Tapi aku terfikir lah kan. Agak-agaknya, apa yang akan berlaku kalau aku ni adalah seorang perokok? Aku tak pasti apa yang akan berlaku, tapi aku boleh ramal.
Jenis-jenis lelaki yang...
1. Ramai awek.
Hot sampai berasap
Ratio lelaki merokok dan tak merokok, mana yang ada banyak awek? Agak bosan lah juga aku dengar ayat dari para gadis “Benci kat lelaki merokok”. Cakap je lebih, balik-balik suka kat lelaki yang merokok juga. Ye lah kalau dah suka tu, merokok atau tak, tak jadi isu. Kalau jadi isu pun mungkin sebab perempuan tu jealous yang lelaki tu guna banyak duit tuk beli rokok dari guna untuk awek. Perempuan dan duit tak boleh dipisahkan. Macam aku biasa cakap, umpama nama tengah bagi mereka. Dan juga, cinta tak kenal umur, pangkat atau warna kulit. Yang penting duit.(Not all girls).
2. Lebih macho.
Duduk bertenggek atas tangga. Keluarkan sebatang rokok. Angkat tangan kasi sign kat member nak pinjam lighter. Bakar. Hisap. Sedut. Telan. Feel. Hembus. Dan senyum. Nikmat lah katakan. Tos-tos habuk ke tepi sambil berborak. Then bila ada awek lalu je, senyum dengan bibir belah kanan sikit tinggi sambil naikkan kening; Bersama dagu yang berkumis matang. Misai dipotong halus, memang menonjol ah kelakian maskulen yang tulen serta menggoda. Sayangnya sekali aku masih belum ada janggut.
3. Lelaki yang hidup penuh dengan cabaran.
Ingat senang ke nak hidup sebagai perokok? Kalau kat sekolah, main kejar-kejar dengan Ustaz Jaamat. . Kalau kat rumah, kena kejar dengar ayah. Kalau kat shopping complex kena kejar dengan Health Official. Kira memang jadi pelarian ah.
Then bila masa hujung bulan, paru-paru mesti buat hal mintak di isi dengan asap rokok. Dah pulak tu hujung bulan, duit tak ada. Camna nak beli rokok? Nak buat apa? Hisap rokok murah League? Rokok daun?
Then masa dah kahwin, si isteri pulak gedik tak kasi merokok. Kalau bab tak kasi merokok mesti kes Queen Control. Memang tak lelaki lah suami dia takut kat isteri.
4. Ramai kawan, cable lagi banyak.
Nice Christmas lighting
Kalau lelaki baik, peramah, sejati, tulen, penyegan dan pemalu macam aku, memang susah nak cari kawan. Nak cari awek apa tah lagi. Tapi kalau dah perokok, memang tak ada hal lah. Bayangkan kalau hari pertama kat kolej. Jumpa member baru, mesti tanya duduk mana, SPM berapa and so on. Tak bosan ke asyik soalan sama? Dah kalau tak tanya soalan tu nak cakap pasal apa? Pasal cuaca?
So pelbagai topic yang boleh dibincangkan adalah bila korang lepak dalam rumah ke-2 korang iaitu tandas. Dalam tandas selalu sangat ah nampak geng-geng lelaki yang tengah layan sangap. Dalam tandas, keluarkan rokok dan pinjam lighter dari orang yang tak kenal. Dari situ memang lahirlah bibit-bibit kawan. Kadang-kadang boleh buat aktiviti pancung dalam tandas. Memang mudah berkawan. Kalau ada awek yang merokok pun, ajak sekali. Lagi best.
5. Pencucuh jalanan
Aku pernah tegok kat TV. Citer ala-ala Crow Zero lah kan. Dalam citer tu lelaki tu merokok. Memang macho ah. Then ada awek comel gedik datang mengedik. Datang-datang je, terus lelaki tu cucuh kat leher awek tu. Awek tu terus menangis. Hais biasalah, perempuan. Then lelaki yang dalam cerita tu ketawa terbahak-bahak. Aku pun ikut sama ketawa.
So kira kalau aku perokok, aku nampak awek gedik, memang aku sedut kaw-kaw rokok then cucuh kat awek tu. Lagi best kalau awek tu gedik macam Mimi yang gedik nak kawin dengan Hassan. Dapat awek gedik macam tu memang siap ah. Aku tak nak cucuh kat leher. Tapi aku nak cucuh kat dahi. Perh. Mesti sampai bila-bila awek tu akan terkenangkan aku. Then cukup 6 cucuh kat dahi memang dah boleh jadi macam Krilin.
6. Lelaki yang tak ada stress
Dulu time presentation English, ada satu group debate pasal merokok. Dan memang banyak lah point-point penting kenapa menghisap rokok itu perlu di lakukan. Antara point yang banyak digunakan adalah merokok penting untuk menghilangkan stress. Ya kandungan dalam rokok boleh mengurangkan stress. Tak terkecuali mengurangkan jangka hayat si penghisap dan yang di sekeliling.
So agak-agak lah kan kalau aku merokok masti aku kurang stress. Eh tapi kan hidup aku mana ada stress sangat pun. Aku sentiasa happy. Tapi bab yang aku tak faham, ramai cakap merokok boleh mengurangkan stress. Tapi apa yang aku nampak, lelaki mahupun gadis yang merokok akan merokok selepas makan, sebelum tidur, selepas bangun tidur dan masa tengah uhuk-uhuk di tandas. Bab uhuk-uhuk dalam tandas tu mungkin boleh stress kalau dah sembelit tu memang aku faham lah. Tapi bab merokok selepas makan, sebelum tidur dan selepas bangun tu memang tak ada kaitan langsung dengan stress.
******************************
Another so so cute girl
Heh.
Well,
Semasa aku muda-muda remaja seperti korang dulu, aku sering lah juga lepak-lepak dengan member aku yang isap rokok ni. Macam-macam cerita yang aku dengar. Ada yang berbangga hisap dua kotak sehari, ada yang nak berhenti tapi tak jadi. Ada yang nak berhenti sebab tak mampu nak beli, dan ada juga yang nak berhenti kerana awek. Heh, apa barang berhenti merokok kerana awek. Balik-balik lelaki kena berubah kerana perempuan. Balik-balik lelaki kena berubah kerana perempuan. Tak remaja langsung.
"Mr K, nanti kalau awek kau kahwin dengan lelaki lain, aku bet mesti kau akan hisap rokok"
Kejadian nie berlaku ketika aku berada di tingkatan tiga.Masa itu aq masih belaja di MRSM Kuala Klawang,Negeri Sembilan.Secara kebutulan masa itu adalah bulan puasa.So,memang student kat MRSM KK dibenarkan balik.Seperti kebiasaan aq akan balik sendiri ke rumah halaman aq di Shah Alam menggunakan Keretapi Tanah Melayu,KTM...tapi ari tu aq rse nak try balik menggunakan bas. So, rase kekok sedikit.Ok fine. Kekok banyak.
Selepas kelas Geografi hari tu, aku pun pergi lah beli tiket untuk balik pada hari Jumaat 27 Ogos 2009. Sambil tu, aku beli hadiah birthday gedik girl.
Bla bla bla. Hari ni, 27 Ogos, lepas solat Jumaat, aku rushing dari mrsm kk dan ke Seremban Sentral. Sampai kat Seremban Sentral tepat-tapat pukul 3 which is waktu bas aku betolak. Then masa nak naik bas tu, pak cik driver bas tu mintak tiket. Then bila aku kasi, dia tanya aku beli mana tiket ni sebab tiket tu macam tipu punya. Aku pun dah macam "Oh shit". Memang agak panas lah. Naik bas jauh-jauh nak ke MS tengok-tengok dia kata tiket tipu. Bla bla bla. Dia kata okay. So, aku pun naik lah. Seat aku, seat 32. Seat 33, kosong. So, memang aku bantai tidur lah dari pukul 3.15 hingga pukul 5.15.
Tepat pukul 5.15. Aku sampai kat Nilai. Aku keluar lah pergi tandas repair-repair rambut sambil basuh muka dan mulut yang ada air liur basi apa semua. Dan aku perasan, nak masuk tandas situ harga dia 30sen. Oh, dah mahal.
Then, selepas beli Pepsi botol dan sebungkus roti, aku pun masuk balik ke bas. Masuk je, tengok-tengok ada sorang awek duduk kat seat aku yang kat tepi tingkap. Perh. Ni tak cantik bai. Aku baru ingat nak sambung tido, ada awek plak kacau. Ah, pergi mampus lah. Aku nak tido juga. Aku harap dia tak salahkan aku kalau kepala aku menyandar kat bahu dia dan air liur basi aku meleleh kat baju dia.
Then, masa aku duduk sebelah dia. Aku rasa kekok gila. Memang agak kekok lah sebab aku memang jarang duduk serapat ni dengan perempuan. Rapat dia memang kurang dari setengah jengkal. Dah lah seat ni aku sendiri yang pilih nombor dia masa nak beli hari tu.
Pastu, perempuan ni gedik doe. Masa bas nak bertolak, dia dok bye-bye siap buat flying kiss kat kawan dia yang kat luar. Geli aku. Pastu cakap-cakap macam orang bisu. Bajet kawan dia boleh dengar. Eww.
10 minit berlalu. Aku dan dia tak buat apa-apa. Masing-masing diam membisu. Tiba-tiba, dia call boyfriend dia. Tapi yang aku pasti, orang yang dia call tu tak nak layan dia. HAHA. Padan muka. Kau fikir kau hot? Aku lagi hot lah.*Tiba-tiba.*
10 minit lagi selepas tu, aku tengok dia main mesej. Dengan siapa aku tak tahu. Setiap 1 minit, dengar ada sms masuk dari henpon dia. Dan lah bunyi theme Windows. Ah rimas betul. Aku pun terus ambil henpon aku. Then main sms juga. Sekali msg, 4 orang. Bunyi panjang pulak tu. Heh, ingat kau sorang boleh main sms? Aku pun boleh lah, gedik.
Selepas dia dah tak ada apa nak buat, aku perasan dengan ekor mata aku yang dia pasang earphone sebab nak tidur. So aku pandang lah muka dia. Sekali aku pandang, PERH, COMEL DOE. Jantung aku terus bedegup kencang. Tak tahu lah kenapa. Reflection agaknya. Tapi serious comel. Dia pakai baju kurung warna meroon dan tudung (shawl) warna putih.
Tapi kan, aku ni seorang yang pamalu. So, kalau korang expect untuk aku tegur dia, memang mustahil lah. Well, believe or not dari pukul 5.30 hingga pukul 7, aku tak bercakap sepatah pun dengan dia. Aku usha je. Tapi tu lah, dok sebelah-sebelah. Rapat pulak kurang dari setengah jengkal. Ingat senang ke nak usha macam tu? Lagi pun, usha mengusha awek di tempat awam bukan cara aku. Ehem ehem.
Tup-tup, masa tu dah dalam pukul 7.15. Dah nak berbuka. Aku pula rasa mengantuk gila. Ye lah siapa tak mengantuk duduk sebelah awek comel tapi tak boleh nak usha dan segan nak borak? Awek tu pulak tak nak plak tegur aku. Sombong betul. Heh. Aku tak pasti lah kenapa dia tak nak nak tegur aku. Mungkin kah kerana awek tu luar je nampak comel. Tapi dalam, perh, tak comel? Tak pun, aku rasa mungkin sebab suara dia macam lelaki kot. Tak pun suara dia teruk dan tak sedap macam kuda. Kalau dengar mesti nak muntah. So, baik aku tidur.
Tiba-tiba;
"Awak, dah masuk waktu berbuka ke?"
Perhhhhh. Suara dia. Mak aiii. Lemak manis betul. Memang cair ah. Aku punya melting point punya lah tinggi pun boleh cair. Memang kuat betul heat dia. Tak hairan lah suara tu tergolong dari aurat. Then, bila dengar suara, aku pun terus buka mata. Bila aku buka mata, terus:
Ooohoi!!!! Kalau mata dah bertentang mata~ Hati didalam bagai nak gila.~ Senyum lah senyum lah ahhai cik mek molek.~ Senyum lah senyum lah ahhai cik mek molek.~
(Ulang korus)
Gila lah super duper cute muka dia bila pandang aku. Kiranya, dari mata terus jatuh ke hati bai. Dari hati terus jatuh ke errr. Nvm. Tapi soalan dia tu telah merubah segalanya. Hati ini yang dulu umpama gurun sahara kini sudah mula lembab. Yang dulunya tak ada tumbuhan kini sudah ada benih-benih bunga cinta. Bunga tu pulak, terus menguntum mekar. Tak ada dah masa nak main tumbuh-tumbuh daun apa jadah itu semua.
"Ye" Aku jawab. Padahal aku tak tengok pun jam dan aku tak tahu pun berbuka pukul berapa. Bila aku dah jawab 'Ya', dia terus buka beg dia nak minum air. Aku terus tanya balik "Dah masuk waktu berbuka ke?". Dia pun pelik. Ye lah, tadi dia tanya 'dah masuk waktu ke belum'. Aku boleh kata 'ya'. Sekarang, aku pulak tanya soalan yang aku dah jawab tadi.
"Dah berbuka kot" Dia jawab sambil stay dengan muka tengah pelik dia.
Walau pun mengarut, itu lah perbualan pertama antara aku dan dia. Oh. So romantic. Pulak tu, menu berbuka kiteorang berdua sama tau. Dia ada satu roti, aku pun ada satu roti. Dia ada satu botol air. Aku pun ada satu botol air. Perh. Memang banyak persamaan. Sayangnya aku tak beli chocolates atau apa-apa makanan lain. Kalau ada, mesti lagi romantic boleh share.
Selepas borak-borak, aku dapat tahu yang dia belajar di Segamat dan rumah dia adalah di Johor Baharu tapi family dia pindah Kuantan untuk sementara. Dari gaya, dia ni tak adalah high maintenance. Dia ada tanya aku kot-kot aku ni student MRSM Taiping. So, maksudnya, dia bukan budak MRSM. Kat taiping ada berapa banyak tempat belajar yea? Kalau tak banyak, boleh lah aku cari dia kat facebook. Dia memang comel. Tapi comel lagi budak utara yang 'tu'. Hehe.
Tapi yang aku perasan dari mula adalah dia dah pakai cincin kat jari doe. Well, bila seorang perempuan tu pakai cincin, tahu apa maksud nya? Maksudnya, si lelaki perlu work harder sebab bukan senang untuk merampas isteri atau tunang orang.
Then, masa nak sampai kat terminal bas Nilai tu, aku perasan yang ayah dia asyik call. Aku tanya dia, dia cakap ayah dia dah tunggu. So, aku andaikan yang ayah dia tengah risau kan dia. Bila di fikir-fikirkan balik, aku rasa ayah dia TAHU yang anak dia yang sorang ni amat comel dan mungkin akan di kacau oleh lelaki-lelaki gatal di dalam bas. Tapi, apa yang ayah dia TAK TAHU, ialah, ada seorang lelaki yang baik yang sedang duduk di sebelah anak dara dia. Kalau ayah dia tahu tu, mesti ayah dia tak akan risau.
Kan?
Info yang aku tahu tentang thats comey girls : Name : Amy (bukan name sebenar) Umur : 18 tahun. Tinggal kat Kuantan.
But then, I did not managed to ask for her phone number. . What a shame.
:((
p/s: Aku harap dapat jumpa dia balik.So,sapew2 bdak kuantan meh laa tolong aku cari budak tu yer :)
Actually, aku bet yang 99.9999% di antara korang yang baca blog aku ni confirm ada Facebook kan? Facebook ni dah di kira sebagai medium wajib yang mesti ada untuk pengguna internet tak kiralah untuk lelaki gatal, perempuan gatal atau sebagainya. Seperti yang kita tahu, Facebook boleh buat korang hilangkan bosan, boleh buat korang rasa happy. Tapi, kadang-kadang ada Facebook pun tak best gak. Iye lah. Banyak kes-kes di dunia Facebook yang boleh buat korang rasa stress. Stress dengan pengguna Facebook lain yang perangai macam sial.
The Spoilers
Ketika mengupdate status Facebook. Aku bet yang mood korang mesti excited gila kan. Tapi once ada mamat or minah yang datang serta buat spoil, mood korang sure down gila-gila. So, mari aku tunjukkan contoh spoiler di dunia Facebook.
Mr Realist / Elmo Emo
This is one of the biggest sucker ever. Andaikata korang tengah dok bebel-bebel kat wall korang, then tiba-tiba datang mamat pelik dengan seriously komen di status anda. Dah la comment lain macam, topik pun larik. Nak-nak kalau korang tak kenal langsung dia. Seriously rasa spoil gila. Nak reply komen dia pun tak tahu nak tulis apa.
The Mr "So? Ada aku kisah?"
Ouch. Kesian my Lisa. Well pernah tak korang excited gila nak update status Facebook then bila dah update status macam "Yay dah siap assignment" Then ada orang reply. "So? Ada aku kisah?." Perh, menyirap betul. Kalau ada "Haha" di belakang ayat dia tak apa la jugak. Ni tak, ayat serious semacam. Pulak tu, comment dia ramai pulak yang like. Lagi lah menyirap ye tak? Perkara ni banyak terjadi kat lelaki yang suka bergurau kasar (Lelaki tak der hal). Dan ianya turut terjadi kat kaum perempuan nak-nak bila dieorang tengah gaduh. Girls gaduh kat wall Facebook? Eww. Real life gaduh sambil tarik-tarik sambut lagi best untuk di tonton sambil layan popcorn.
True story.
The Manipulator
Ding ding ding ding. Fasha Sandha PWNED! Relax Tizz, just joking. But seriously perbualan di seperti status di atas wujud. Aku pernah mengalamninya. But oh well, aku tak sebaik Fasha Sandha untuk diam seperti itu. See? Fasha ni bukan sahaja comel. Malah baikkk. Well, korang pernah mengalami situasi di atas?
Dekat Facebook ni ramai je manipulator. Ianya juga termasuk dengan mamat-mamat dan minah-minat yang suka twist ayat orang. Bab twist ayat orang ni aku memang pantang gila. Seriously pantang nak-nak bila aku tengah cakap pasal bab-bab serious. Iye lah, bila dah seorang twist ayat kau, orang yang membaca akan start terikut dengan apa yang dia twistkan. And then tak pasal-pasal, point yang kau nak sampaikan, dah lari dari point asal.
Actually, bergaduh di facebook amatlah tak awesome. Tetapi ianya menjadi awesome bila ada orang cari pasal dan dia berniat nak malukan kita tetapi kita pulak yang malukan dia. Dan bila itu terjadi, maka ianya adalah amat awesome.
ALIM ALIM KUCING
Aku perasan yang some of us suka malukan orang lain dengan menggunakan agama. Aku ingat lagi dulu-dulu masa kanak-kanak ribena, bila ada kawan tanya "Kau kalau kau banyak duit, kau nak pergi mana?" Then kalau korang jawab tempat-tempat lain selain Umrah dan Haji, suka korang akan kena ejek. The fact is, whats wrong kalau melawat tempat-tempat lain? Melihat keindahan dunia tu berdosa ke? Lagi pun, ingat nak pergi Umrah dan Haji tu senang ke? Kalau Umrah tak der hal lagi. Tapi kalau dah Haji? Hari tu aku pergi register Haji, dia kata aku punya waiting list selama 10 tahun minimum. Minimum. Dengan kata lain, sekitar tahun 2020+ baru aku boleh pergi Haji.
Dunia Facebook memang best kalau nak buat joke-joke yang kasar. Aku pun suka sebenarnya (even terasa). Tapi kalau dah masukkan bab agama semata-mata dengan niat nak malukan, then baik tak payah. Bukan setakat isu agama tapi juga termasuk dengan bermain dengan hadis sesuka hati.
The Syok Sendiri
Have you heard about SS? Yeah, SS stands for 'Syok Sendiri'. Di Facebook banyak tau status-status yang syok sendiri.
The Self Like
Ohhh Seri, I lap youuuu. Hey, aku perasan yang ramai gila up status Facebook then like. Dia up status, dia like. Tak boleh blah, comment dan gambar diri sendiri pun dia like. I know that you love your self. But....Aw.
Mr Self Comment.
Oh hai Nabil. Waaa, Nabil ada sedikit persamaan dengan my Fouziah Gous. High amount of selfloveness. So, don't you wanna tackle my Fauziah? I heard that you are a player and you like tu kiss mulut-mulut. Sekejap dengan girl tu, skejap dengan girl ni. Maybe if you keep doing something like this, you gonna end up like ahli Senario.
The Loner
The loner ni biasanya lelaki yang tak handsome dan anti sosial. *Terasa*. Biasanya lelaki macam ni, bila dia update status facebook, tak ada orang kisah pun. *Terasa lagi*. Dan kadang-kadang, bila dia malu sebab nampak macam tak ada kawan, dia akan tunjukkan kat dunia yang kononnya dia ada ramai kawan. Dan cara dia tunjuk tu adalah dengan post status-status seperti yang di atas. *Yang ni tak terasa*. Perempuan biasanya jarang menjadi The Loner. Nak-nak yang comey lotey.
Don't spam status di Facebook sebab... well, who cares anyway? Out of 500 friends korang di Facebook, rasanya tak sampai 10 yang kisah. Mana taknya, yang kenal berapa kerat je.
The Alien.
Facebook adalah sutu jaringan yang paling mengegarkan dunia. Hanya dengan beberapa tahun, ianya dah mampu menyaingi Google. Why? Sebab bukan je manusia yang guna Facebook. Alien pun turut guna skali. Tak percaya, korang tengok la home feed facebook korang. Sure korang akan jumpa perbualan antara dua alien yang tengah mengawan seperti di atas.
Perempuan tak tahu malu
Okay..yang nie seriously mmg ade kat aq nyer friends. Sekali dea post comment jer mesty nak yang tak elok.Tapi. aq dah unfriend.Tak tahan seyh.Muke comey tapi sayang xde maruah.Nak tahu dia nyer name fb?? Kalo nak nnty IM aq.Jangan rebut2. :P
Awek Hot Yang Sentiasa Mendapat Perhatian.
Okay this is kelakar. Aku rasa korang sendiri dah tersedia aware dengan situasi cute girls always get the popularity kan? Kadang-kadang, blog awek tu comel tak best pun. Entry tulis pasal "Hari ni saya makan chokelat bersama pisang. Tapi tengok-tegok, ada 200 comments. Tapi bila awek yang tak comel tulis benda yang sama, mesti dapat kosong comment. Double standard. Well, mostly yeah. As for the Facebook, every hot girl just need a "Hmm" or "Hurm" or "..." and then, guess what, seluruh lelaki akan like dan comment. Feeling like a boss. Feeling like sekali petik, 10 yang datang. Sekali on YM, 10 yang buzz. Sekali buka facebook, 10 likes. For ugly girl? Umm. Sorry, but you need to work hard for that.
True story.
Semua watak adalah rekaan. Tak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
Kadang-kadang, bila aku tengah mandi di tengah malam, kepala aku laju je dapat idea untuk tulis blog. Kadang-kadang, bila aku tengah main DOTA, laju je idea menyindir perempuan datang. Bila idea datang, aku mesti akan tulis kat handphoe aku dulu sebagai draft takut lupa. Macam tu lah juga masa aku jalan-jalan di bandar atau tengok wayang. Kalau ada idea datang, mesti aku akan tulis di handphone. Kalau korang pula bagai mana?
Btw, sekarang ni, aku tak ada idea untuk tulis blog. Tapi entri yang dah siap tu memang ada dan aku bercadang untuk post di blog INI terlebih dahulu sebab dah lama dah aku tak menulis di blog tu. Aku siapkan entri ni awal-awal sebab aku tau akan aku busy dengan praktikal. So, entri-entri tu tunggu masa je nak post. Esok kot.
Again, btw, korang ada idea tak untuk suruh aku tulis apa? Apa yang korang nak baca? Apa yang korang nak aku tulis? Any idea?
Aku dah ada kat Perak. Buat apa lagi.Nak tulis blog lah. Masa aku tulis ni, aku masih belum beli baju raya. Entah bila nak beli pun aku tak tahu. Rasa malas gila nak beli doe. Tak pun, aku pakai je lah bajuraya abang aku. Dia bukan tahu pun kalau aku ambil.
Sempena raya ni, memang tak ngam ah kalau aku tak cakap pasal aidilfitri.Puase pon belumTak akan pula musim hari raya, aku dok cakap pasal kenapa perempuan gedik kenapa perempuan mengada semua kan.Lagi pun, kasi la chance kat kaum kaum perempuan ni relax dari ayat-ayat panas. Diaorang pergi kelas kena gossip. Pergi kerja kena fitnah. Balik bilik, member tikam belakang. Keluar jalan-jalan, kantoi perangai hipokrit.Kesian kaum perempuan. Macam-macam dugaan.
Btw, aku nak cakap sikit pasal Hari Raya Aidilfitri ni. Dari yang aku perasan, ramai yang tak perasan apa dah jadi kat Hari Raya kita ni.
Movie dan rancangan di Hari Raya.
Aku perasan lah kan, dari dulu sampai sekarang, time raya je, mesti ada movie-movie best. Ingat masa time raya orang dok nak tengok TV ke?Dan, tahukah anda, movie-movie ni lah juga yang menyebabkan adik-adik aku tak nak pergi beraya kat rumah kawan dia. Cohtohnya, adik perempuan aku yang form 5 ni. Dia ada seorang kawan perempuan.Comel.Aku cakap lah kat dia yang aku sudi temankan dia pergi beraya kat rumah kawan dia yang tu.Tapi dia tak nak. Aku tanya kenapa. Dia bebel-bebel. Last-last, dia cakap nak tengok TV. Then, dia cakap yang kalau aku ikut, mungkin akan memalukan dia. Perh, sepatutnya dia berbangga ada abang yang baik macam aku yang sudi temankan dia. Lagi pun, aku bukan nak mengurat kawan dia.Aku nak berkenalan je. Ehem2..
Cakap lagi pasal movie, aku nak cakap benda yang sama dari tahun lepas. Soalan aku mudah je;
Kenapa bila time raya, TV suka siarkan cerita-cerita sedih?
Bila aku tanya soalan ni, rata-rata akan berkata "Supaya kita ingat kepada golongan yang kurang senang". Well, mungkin betul. Tapi bukan ke semua dah sedia maklum yang tema Hari Raya yang tak official adalah "Hari Untuk Bergembira"?
So, andaikata lah kan. Masa tengah raya, aku lepak rumah awek-awek, then tengok dia sedang sedih menonton cerita sedih, aku pun boleh jadi sedih tau. Cerita sedih buatan malaysia di hari raya mesti tipikal gila, mesti pasal anak yang tak nak balik raya atau kisah pasal ayah tak nak balik raya tau cerita pasal budak miskin tak ada duit nak beraya dan bla bla bla. Actually, tak salah nak buat cerita yang bermoral. Tapi kenapa mesti buat genre sedih? Kenapa tak buat cerita yang penuh moral dengan genre yang ceria? Contohnya, buat lah movie tentang betapa indahnya bila pulang ke kampung. Tak pun drama yang pasal betapa bestnya bila boleh beraya bersama keluarga walaupun duduk kat oversea. Tak pun, apa-apa lah. Janji cerita dan bukan pasal pukul memukul. Kan best. Then kalau di tambah dengan adegan lucu, confirm meletup. Orang-orang yang tak nak balik beraya yang tonton tu mesti terasa sayu sebab dia tak boleh merasai keceria dan kehappeningan tu.
Segmen Salam Aidilfitri dari Perantauan (dalam akhbar)
Kalau korang perasan, setiap tahun mesti ada punya lah segmen ucapan-ucapan dan gambar pelajar-pelajar Malaysia yang tinggal di luar negara. Dia orang mesti tulis "Selamat Hari Raya kepada Mak, Ayah, Abang, Adik, Pakwe, Makwe yang berada di Malaysia. Salam Iklas dari kami anak Malaysia dari University of Liverpoool. Bla bla bla". Eeee. Bencinya baca segmen tu. Okay fine sebenarnya aku Seriously aku jealous. Lagi lah jealous bila tengok dieorang pakai baju tebal-tebal (baju sejuk). Nampak sangat tempat tu sejuk gila padahal waktu tu musim panas. Suatu hari nanti, tengok ah. Aku mesti ada kat dalam paper tu. Tak kisah lah umu 30 ke. 40 ke. Aku mesti akan buat ucapan tu.
Kadang-kadang, bila aku nampak ada students bebel sebab dia kena beraya di oversea, aku rasa macam nak sound je and suruh dia tukar dengan aku. Cara dia cakap konon dia benci gila raya kat tanah orang. Best apa raya kat tempat orang. Lain dari yang lain.
Korang tahu tak yang ketika kita jauh dari keluarga lah boleh layan sebak di dada? Boleh feeling-feeling bila dengar takbir raya? Boleh nangis-nangis bila family call? Boleh jatuh tersungkur masa dengar lagu raya? Masa kat Malaysia, nak menangis sebab dengar takbir raya? Bullshit. Kalau menangis pun, mesti sebab awek curang beraya sambil naik moto dengan lelaki lain. Tak pun sebab pakwe pi beraya kat rumah awek comel pastu nak pick up korang.
You all duduk jauh dari famili. Tak boleh balik beraya. Then pasang lagu raya Sudirman tak pun Black Dog Bone sure korang akan menangis. Tak pun, dengar la takbir raya, mesti semua sebak. Kat Malaysia, masa orang dok takbir raya, korang pak we makwe pergi bermanja dalam semak. (Kes raya tahun lepas)
Kad Raya.
Kad raya ada banyak jenis termasuk kad raya digital. Sakit hati tul aku dengan kad raya cam tu. Tak ada sentimen. Tak ada feel. Tak ada nilai hati dan perasaan serta kasih sayang. Tak ada love-love langsung. Tak jiwang dan tak romantis ah.
Sepanjang aku hidup aku beraya, actually, setiap tahun aku buat benda-benda yang sama sampaikan dah rasa tak nak buat dah. Macam tahun ni, aku tak main kad-kad raya. Tapi kalau tahun lepas aku main tau. Ye la, dah nak beraya. Kad raya kena lah buat sebab nak dapatkan feeling dia. Then, bagi yang nak mengada tu, sibuk pergi beli kad raya. Kalau boleh, nak send 20 kad raya. Semangat dia tulis kat raya kat orang. Tapi orang pula tak ada sorang pun yang send kat dia. Mesti dia sedih. Aku pun sedih. Sebab terasa.
Cakap pasal kad raya, aku teringat pasal seorang awek yang kat Russia. Masa tu tak ada lagi blog-blog facebook apa jadah benda lara ni semua. Kenal awek ni pun entah dari mana. Dia asal Malaysia tapi pindah Moscow sebab follow family dia. Aku send lah awek russia ni kad raya. Aku hantar seminggu sebelum raya aku bajet esok lusa dah sampai. Tapi tengok-tengok, dah nak sebulan baru sampai. Tak feeling langsung. So, kalau korang gedik-gedik nak hantar kad raya sekarang, tak payah nak mengada. Buang masa je.
Bau kedai
Alahai.. Bab ni tak boleh blah. Kalau pergi je rumah awek-awek, mesti akan terbau kedai bila masuk. Iye lah. Dah semua benda baru beli. Baju baru, kasut baru, kain baru, tudung baru, skaf baru, gelang baru, maskara baru, pelembab bibir baru, lipstik baru, subang baru, rantai baru, baju dalam baru, foundation baru semua lah nak baru. Mengada-ngada. Tengok lelaki. Relax je. Baju, songkok dan selipar. Tak payah nak negdik-gedik beli banyak benda baru. Baju sama bertahun-tahun tak apa. Yang penting, awek. Awek mesti baru-baru setiap tahun.
Gambar di Hari Raya.
Semua orang terutama perempuan, mesti nak snap gambar sambil pakai baju raya. Iyalah, baju baru. Bila dah pakai baju baru, masing-masing high confident perasan comel. Dan, masa ni lah kalau nak jumpa balik awek-awek atau pak we pak we lama yang dah jauh di mata dan di hati. Bawak-bawak lah berjumpa. Mana tau kot-kot dalam hati ada cinta lagi.
Then, aku bet, belum sampai setengah hari je hari raya, mesti kat Facebook dah berlambak dengan gambar raya. Eley, raya pun belum, aku tengok dah ramai gila dah upload gambar baju raya. Ish-ish. Aku rasa bulan ramadhan dan bulam syawal lah antara bulan yang paling banyak umat Islam habiskan duit.
Siapa yang kata hari pertama dia lapar, maksudnya dia bullshiting you. Kalau betul pun dia lapar, maksudnya dia tu gedik nak makan mewah-mewah. Tahu pergi rumah orang nak makan sate. Tahu nak makan nasi ayam. Tak ada nasi ayam, tak nak makan. Eh, tapi kan, aku perasan yang banyak rumah suka buat nasi minyak dan rendang. Padahal bukan sedap pun nasi minyak. Okay actually, aku tak makan rendang dan nasi minyak. Banyak sangat rempah. Aku tak suka benda yang banyak rempah. Aku suka benda-benda yang simple. Contohnya... western food.
Okay okay. Actually, masa hari raya ni, ada 3 jenis kueh raya yang aku suka which is biskut cornflakes, kuih tat dan Almond London. Actually, yang almond tu, aku makan dia punya kacang je. Yang biskut tu, aku letak balik kat dalam balang sebab tak sedap. Biskut dia tak sesedap cornflakes punya padahal conflake tu mudah dan senang je nak buat. Agaknye lah. Makanan pula, aku paling suka mee soto dan nasi ayam. Memang, perh. Aku harap isteri aku nanti reti masak benda ni.
Mercun.
Kampung aku di Perak So, faham-faham la. Dulu aku suka benar balik kampung bila Hari Raya. Semuanya disebabkan mercun. Bab mercun memang best nak-nak bagi yang duduk kat utara dan timur. Bunyi mercun lagi banyak dari bunyi letupan di Gaza. Nak salahkan aku sebab membeli mercun tak boleh gak sebab kedai kat sebelah balai polis je. Dan anak polis lagi la kuat main mercun. Putus tangan ke jari ke tak apa. Janji puas main mercun. Hais.. Kenangan. Tahun ni, aku tak sentuh pun lagi mercun. Tapi, bila aku balik ke kampung aku yang perak nanti, confirm banyak mercun.
Kenapa orang dewasa tak dapat duit raya?
Yes. Kenapa? Kenapa orang dewasa tak dapat duit raya? Apa? Sebab dah besar so tak boleh dapat duit raya? Hey, you tahu tak yang bila dah besar lah duit semakin penting. Tanpa duit, boleh ke nak belanja awek. Ya nak belanja awek. Budak kecik ada awek? Tak ada. So nak duit buat apa? Duit tu penting tau. Makin dewasa, makin penting.
Aku cuma nak cakap. Selamat Hari Raya. Mintak maaf la kalau blog aku ni amat-amat mengguris jiwa korang. Semuanya secara tak sengaja. Tak sengaja. TAK SENGAJA. Okay? Ingat aku suka ke mengguris hati korang? Aku just... just... err.. erm.
Okay fine. Maaf.
Dengan ini, aku nak cakap
Selamat Hari Raya.
Happy Eid Mubarak.
Bagi yang dah kahwin dan ada bil air yang tertunggak, sila silalah jelaskan. Bagi yang dah kahwin tapi belum nikah, jangan nak mengada ngada.
Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin. Salam lebaran untuk anda semua. Tak kisah la yang kenal aku atau pun tak. P/s : Dan jangan lupa mandi wajib pagi raya.
P/s : Jangan lupa bagi duit raya. Terumata kat lelaki dewasa. Mereka nak kahwin cepat tu.
Sabtu Malam.
Hari ni. I rasa Si Dia berperangai lain macam. Kalau dulu, setiap kali selepas pergi dating, Si Dia belikan I chocolate Ferrero Rondnoir. Tapi sekarang... Habis je dating. Si Dia buat derk. Adakah Si Dia dah pasang lain?
Kalau dulu. Malam-malam mesti dia akan SMS. "Selamat Malam Sayang" Tak pun nyanyikan lagu Faizal Tahir untuk I. Tapi sekarang, setiap kali I anak borak melalui telephone. Dia kata tak der kredit. I tahu dia tipu.
Hari ni, I cuba call dia. 33 kali I call. Tapi dia tak angkat pun. Tapi tak apa. I faham. Dia mungkin busy. I hantar 44 SMS pulak. Tapi satu pun dia tak balas. Tak apa lah. Mungkin tak ada kredit. But then, bila malam tadi, I call, I dapat waiting. Adakah dia tengah bergayut dengan perempuan lain? Adakah dia ada perempuan lain selain I? Benci!
I rasa, I sure yang dia dah ada perempuan lain. Heh. Dasar lelaki. Pantang jumpa perempuan hot sikit, terus lupakan yang lama. Fine. Kalau dia suka sangat kat perempuan tu, lepaskan I dan pergi je lah kat perempuan tu. I boleh lupakan dia. Tak ada hal langsung! ;(
Ahad Malam.
I rindu dia. I rindukan cara dia perlahankan suara bila bermanja dengan I. I rindukan gelakkan dia. I sedih. Kenapa dia mesti sukakan perempuan lain. I tak rasa I boleh lupakan dia.. :(
Benci! Benci! Benci!
Diari Lelaki.
Sabtu Malam.
Asal main Dota je, kalah. SHIT! Ahad Malam.
Apa ni Chelsea?? Dengan Manchester United pun boleh kalah?
****************
Well, girlsss *Rolling eyes*. Always with their eww-ewww-love things.
Hello lads and gents sekalian. Selamat hari Rabu yang indah. Semalam, sebelum aku nak tidur, aku teringat akan cerita-cerita favorite aku which is 3 IDIOTS,. Rancho,Rastogi,Raju dari situ ia mengingatkan aku kepada movie yang akan kau ceritakan nanti. And then, leads me to something... COOL!
So then, aku terfikir kan pasal entri ni.
BUT. But. Yeah. Daripada pada aku tulis benda-benda tu secara full, apa kata korang kasi chance untuk aku bermanja dengan korang.
Ya, ini adalah another entri yang membuatkan korang menggunakan otak secara lebih sikit untuk berfikir. Why? Sebab aku ada empat (4) soalan untuk anda sebelum aku post entri yang sebenar. Tak salahkan kalau kita buatkan ia nampak lebih menarik? ;)
Dan, again. YES. Wajib jawab. Jangan malas-malas nak fikir. Dan bagi yang dah tahu jawapannya, sila jangan bagi tahu the secret.
Soalan 1
Seorang perempuan sedang menhadiri majlis pengkebumian kakak sulungnya. Di majlis itu, hanya ada saudara mara yang terdekat yang hadir. Dan ketika itu, that girl ternampak seorang lelaki. Lelaki tu dah la hensem, kaya pulak tu. So, that girl jatuh cinta kat lelaki tu tangkap leleh punya cinta. Biasalah, girllssss *rolling eyes*. Tetapi, that girl agak pemalu, so, dia tak mampu untuk bercakap, bertanyakan nama dan meminta nombor kat lelaki tu. Kemudian, keeseokanya, that girl membunuh adik perempuannya. Kenapa dia membunuh adik perempuannya?
Soalan 2
Anda sedang berdiri di balkoni luar rumah pangsa anda. Okay fine. Korang kan kaya, so, korang tengah berdiri di luar bilik Hotel JW Marriott anda yang tinggi dan mengadap ke luar. Anda padang ke bawah, anda nampak seorang lelaki sedang membunuh dan mengerat-ngerat badan seorang perempuan. Then, lelaki yang membunuh tu pandang ke atas dan ternampak anda. Dia perasan yang anda adalah saksi pembunuahan yang dia buat. Then lelaki tu membuat pergerakan/isyarat tangan. Apa pergerakan tangan (gesturing) yang dia buat?
Soalan 3
Anda di beri satu pisau tajam. Anda perlu membunuh seorang lelaki ni at any cost. Lelaki ni berada di dalam tandas yang tertutup dan jauh dari penempatan orang lain. What would you do?
Soalan 4
Korang terjumpa seekor anak kucing yang baru lahir. Comel gila. Macam amoi. Di sebabkan korang rasa yang ianya terlampau comel, korang rasa geram sangat-sangat. So, korang membunuh kucing tu. Bagai mana cara korang bunuh kucing tu.
hai.. hehe ;p
demam bola kembali.. yeahhh!!. Saye sokong Spain.. awak mcm mne..? hehe
Bola bola bola.. lelaki mesti nak cite pasal bola jer..Well, kami kaum lelaki dengan bola mmg x bleh dipisahkan,,arap paham yer awek awek cun malican di luar sane. :)
Bkan aper.. kalo lelaki x tgok bola sapew lgi.. maknyah?pompuan kampung (bkan sume)?nenek ngan atok? memang x bleh laa kan. Ade baek nye kitorang layan bola.. boleh majukan sukan utk negare.. x gitu? Boleh naikkan perniagaan mamak...Boleh jumpe kwn n lepak2...Boleh release tension acek2 belajar jer..Boleh jerit GOALLL!!!! bile bola masuk ke gawang gol... Boleh tgok apek kene tgkap ngan pakcik polis sebab men judi...Boleh keluar senyap2 pkol 2.30 pagi..ssshhhhhhh jgn bagi tahu mak aq..mati aq!hehe :P
Pompuan yg diluar sane yg ade pakwe2 yg suke tgok bola.... jangan lah dihalang tau.. Euro 4 taon skali..World Cup pon same.. x nak layan bola.. gi lah tido.. tgok cite korea ker..running man ker.. gi spa ker.. shopping ker..aper ker..Hmm kalo kitorang kene pilih bola atau aweks..aq mngkin pilih bola.Abess game aq keja ko balek..Miow..